BASIC ICT: MS PAINT (TABLET BURUK)

Aktiviti terkini | 15 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Matang, Hulu Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini merupakan anjuran bersama kluster NADI Hulu Terengganu sebagai salah satu inisiatif untuk memperluaskan kemahiran pelajar dalam penggunaan ICT kepada pelajar.
• Selain daripada itu, ia merupakan salah satu aktiviti yang memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama antara murid.

Tujuan :
• Aktiviti ini diadakan untuk memberi memberi pendedahan kepada murid berkaitan cara untuk melukis menggunakan aplikasi ms paint yang terdapat didalam tablet.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan.
• Sesi penerangan daripada staf NADI Kampung Lerek mengenai aktiviti yang akan dijalankan
• Peserta menyiapkan tugasan yang diberikan oleh staff NADI.
• Kumpulan yang berhasil melukis objek yang paling hampir dengan gambar yang diberi petugas dikira pemenang.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjadikan pelajar Celik Kemahiran berkomputer.
• Menjadikan NADI sebagai salah satu pusat sebaran ilmu dalam kalangan komuniti.
• Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan teknologi.
• Meningkatkan Kemahiran berfikir secara kreatif para pelajar untuk menyelesaikan masalah.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :