INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Kampung Sungai Lerek merupakan sebuah kampung yang terletak di Setiu, Terengganu. Kampung ini bersempadan dengan Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Bari, Kampung Chalok Lama dan Felda Chalok Barat. Terletak di laluan utama Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Nama kampung adalah diambil sempena nama sebatang sungai yang mengalir disini iaitu Sungai Lerek yang dikatakan suatu masa dahulu ditumbuhi oleh banyak pokok Lerek di sepanjang sungai tersebut yang kini semakin sukar untuk menjumpai pokok tersebut di kawasan ini. Daun dari pokok lerek adalah digunakan untuk membuat sejenis makanan tradisional Melayu iaitu Lemang yang hanya boleh ditemui pada Hari Raya sahaja.

Purata Umur Penduduk
Warga Emas : Sederhana
Dewasa : Tinggi
Kanak-Kanak : Sederhana

Rekreasi & Pelancongan

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar.

Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air. Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai. Dua pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi dan Jenagor. Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong. Pelbagai urusan penempahan bot dan tempat penginapan boleh dibuat di Pengkalan Gawi.


Zoo Rimba Razia

Zoo Rimba Razia yang terletak di Kampung Dusun, Kuala Berang itu berkonsepkan 'petting zoo' di mana pengunjung dapat berinteraksi selain memberi makan sendiri kepada haiwan. Pemilik Zoo Rimba Razia, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata, zoo tersebut menawarkan percutian berkonsepkan riadah dan santai kepada orang ramai yang ingin melihat pelbagai jenis haiwan unik dan menarik sekali gus menjadi daya tarikan pelancongan Baharu. Terdapat lebih 80 spesies haiwan yang menjadi daya tarikan di zoo berkenaan dan semuanya ditempatkan di kandang khas.


Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KEVC)

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah tambahan terbaru kepada tarikan besar Tasik Kenyir, ia dibina pada 2012 dan telah meliputi 256 hektar tanah. Hanya 10% daripada kawasan itu dibangunkan dan selebihnya masih tidak disentuh. Tujuan mengekalkan 90% kawasan yang tidak disentuh adalah untuk memelihara alam semula jadi hutan dan memastikan "rumah" untuk anak yatim gajah yang tinggal di dalamnya. Gajah di KECV semuanya adalah gajah tempatan.

Sebahagian besar daripada mereka adalah anak yatim, ada di antara mereka yang dirindui dalam pasukan mereka dan kehilangan diri di dalam hutan, sebahagian keluarga mereka terkorban akibat perdagangan gading dan ada juga gajah ditangkap oleh penduduk kampung kerana menyerbu tanaman dan kampung. KECV memastikan sokongan dan kemandirian 18 gajah semasa yang hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi dan komuniti. Lebih-lebih lagi, gajah itu dijaga oleh doktor haiwan profesional dan penjaga gajah.

Setiap gajah di KECV mempunyai jadual harian yang berbeza. Mahouts (penjaga) gajah memandikan gajah mereka kira-kira 6-7 kali sehari, dan kekerapan mandi berbeza dari cuaca. Telinga gajah boleh mengawal suhu mereka, tetapi itu tidak mencukupi, jadi mereka memerlukan air untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas. Setiap petang, gajah-gajah tersebut akan dilepaskan untuk bermain di dalam hutan seluas 300 ekar dengan keadaan terkawal


Warisan Pahlawan Resort

Seperti berada di sebuah desa zaman silam apabila menjejak kaki di Warisan Pahlawan dan itulah keistimewaan penginapan yang mengekalkan binaan rumah tradisi berusia lebih 150 tahun sebagai antara pilihan penginapan pengunjung di sana di Kampung Pauh, kira-kira lima kilometer dari Bandar Kuala Berang.

Resort yang berinspirasikan istana Terengganu pada era Sultan Mansor Shah ke-2 ini dilihat sebagai satu mahakarya cukup menarik terutama kepada peminat seni lama termasuk pelancongan di negeri ini.

Rumah kayu yang lazimnya dikaitkan sebagai simbol kemiskinan dan ketinggalan zaman, kini dijelmakan sebagai satu simbol kemewahan dan kemegahan yang dari sisi lainnya, suatu yang mungkin berakhir sebagai bahan terbuang dan boleh lenyap begitu sahaja. Turut menjadikan daya tarikan pengunjung ialah kolam yang disediakan untuk pengunjung mandi manda.

Tempat Makan Menarik



Warung Mak Lamah

Kemudahan Awam
Masjid Kg Lerek
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Lerek
Taska Kemas Kg Lerek
Tabika Kemas Kg Lerek
Kisah Kejayaan

D’Leyrex Bakery Homemade (Usahawan Produk Makanan)

D’Leyrex Bakery Homemade diusahakan oleh Puan Norazlina Bt Mohd secara kecil-kecilan bermula dari rumah sahaja. Beliau bermula menjual sekitar tahun 2018 sehingga kini. Pada permulaan jualan hanya mendapat tempahan dari komuniti setempat sahaja , namun sehingga kini kek dan dessert dari beliau makin maju dan mendapat tempahan dari masyarakat sekitar pekan Kuala Berang dan kawasan di Terengganu. Beliau mengambil tempahan kek dan dessert untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, harijadi, kesyukuran dan lain-lain lagi.

Puan Norazlina Bt Mohd juga sering dijemput ke kelas-kelas mengajar untuk membuat kek oleh pelbagai pihak dan jabatan . Berkat kegigihan beliau, jualan kek dan dessert nya mendapat sambutan yang luar biasa.

Keusahawanan
Usahawan Tudung
Nama Kedai : House Of Tudung
Nama Pemilik : Nur Nadhira Amza Binti Roslan
Produk Perniagaan : Tudung
Tarikh mula meniaga : Tahun 2019
Alamat Premis : Bangunan Arked Mara Kuala Berang, 21700 Kuala Berang Terengganu.