Mengenai NaDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NaDi



Sejarah

Kampung Sungai Lerek merupakan sebuah kampung yang terletak di Setiu, Terengganu. Kampung ini bersempadan dengan Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Bari, Kampung Chalok Lama dan Felda Chalok Barat. Terletak di laluan utama Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Nama kampung adalah diambil sempena nama sebatang sungai yang mengalir disini iaitu Sungai Lerek yang dikatakan suatu masa dahulu ditumbuhi oleh banyak pokok Lerek di sepanjang sungai tersebut yang kini semakin sukar untuk menjumpai pokok tersebut di kawasan ini. Daun dari pokok lerek adalah digunakan untuk membuat sejenis makanan tradisional Melayu iaitu Lemang yang hanya boleh ditemui pada Hari Raya sahaja.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


PENDAFTARAN GMAIL

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2024

Kelas ini merupakan anjuran NADI Kampung Lerek sebagai salah satu inisiatif membantu pelajar mencipta dan mendaftar akaun Gmail pelajar untuk kegunaan mereka pada masa akan datang...baca selanjutnya

SCHOOL BREAK PROGRAM 2024 : KLIK DENGAN BIJAK DAN AKTIVITI STEM

Aktiviti Terkini | 27 dan 28 Februari 2024

Program ini dianjurkan oleh pihak PEDi Kampung Lerek...baca selanjutnya

OPEN DAY PEDI: KAUNTER PADU DAN KWSP

Aktiviti Terkini | 21 & 22 Januari 2024

Program ini merupakan kerjasama PEDi Bersama DOSM dan KWSP....baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti